✿ Sweet|Muslimah Teen ✿

Tuesday 18 December 2012

Kewajipan & Keutamaan Wuduk

|Assalamualaikum| Topik kita pada hari ini: Wuduk | Kita sebagai umat Islam perlu tahu bahawa wuduk merupakan suatu kewajipan bagi kita sebelum menunaikan ibadat solat. Pada hari ini, ana ingin mengongsikan sedikit sebanyak tentang kewajipan & keutamaan wuduk. Dalam kata lain wuduk merupakan salah satu kewajipan dalam Islam, sekaligus menjadi salah satu syarat sahnya ibadat solat. Wuduk diwajipkan berdasarkan al-Quran dan Al-Sunnah. Allah s.w.t. telah berfirman:

"Wahai orang - orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki kamu sampai ke buku lali".
(Surah al-Maidah  5:6)

     Dalil yang lainnya ialah jimak para ulama atas pensyariatan wuduk dan ia merupakan salah satu kewajipan dalam Islam yang sekaligus menjadi salah satu syarat sahnya solat seperti ana katakan di atas sebentar tadi. Maka, wuduk ini merupakan perkara yang amat penting kerana Allah tidak akan sesekali menerima ibadat solat hambaNya jika dia tidak mengambil wuduk dan tidak menjadikan wuduk sebagai keutamaanya ketika ingin menunaikan ibadat solat. Kesimpulannya, wuduk mesti kita utamakan sebelum menunaikan ibadat solat seharian kita mahupun yang sunnat. Cukup sampai di sini sajalah perkongsian tentang WUDUK yang cukup ringkas ini. Semoga kita semua sentiasa ingin memperbaiki diri kita yg sentiasa kekurangan ini.. ^^ |Alhamdulillah|

New Bloggie !

|Assalamualaikum| I have created a new blog ! In this blog, I will try to share with you about my religion, Islam and other related matters. As a Muslim, I hope we will always want to gain our reward (pahala). That's all for today and have a nice day ! Syukran Jazillan ! ^^